04 Misteri kehilangan

February 9, 2011 § 6 Comments

This post is written in Malay or officially known as Bahasa Malaysia.

Ada satu misteri terjadi pada hari ini. Kisah misteri ini bermula apabila aku bangun pada pagi tadi.Selepas selesai semu kewajipan yang aku wajib lakukan di pagi hari aku turun ke tingkat bawah bagi menggerakkan seorang rakan.Semalam dia telah mengukir janji untuk pergi bersenam bersama di pusat rekreasi.

Dipendek kan cerita sebab aku malas nak taip banyak sangat. Kami pun sampai ke tapak rekreasi setelah tidur nyenyak di dalam bas dek kerana kesesakan lalu lintas di tengah ibu kota di hening pagi hari.Dipendek kan lagi cerita kami pun bersenam ,berlari-lari anak, melompat-lompat , jumpa dengan pakcik botak bersinglet hitam yang sedang tersengih , beli sebotol air mineral dan sebagainya.Setelah selesai urusan di pusat rekreasi kami pun beredar dengan sopan santun.

Dalam perjalanan pulang rakanku mengajak aku singgah ke pasar tani berhampiran kerana rumahnya kehabisan halia dan cili hidup. Sebagai seorang rakan yang supportive aku temani dia. Setibanya di pasar tani di dapati halia dan cili hidup jelas tidak kelihatan. Abang salesman memberitahu stok belum sampai dan dia minta nombor talifon. Katanya nak sms bila stok tiba nanti. Namun rakanku menolak dengan senyuman manis kerana tidak mahu melayan sms bukan-bukan di malam hari. Di suatu sudut aku ternampak cahaya oren berkilauan.

Dengan penuh curious aku menghampiri cahaya tersebut. Rupa-rupanya cahaya itu datang dari buah limau yang di import dari Morocco . Dengan hati yang girang lagi gembira aku mengambil 4 biji limau tersebut dan pergi ke mesin penimbang. Setelah di timbang dengan adil dan saksama harga 4 biji limau itu ternyata RM3.40. Kawan ku pula memandangku dengan riak wajah yang sedikit cemburu. Mungkin kerana halia yang di cari tidak ketemu. Semasa membayar aku sibuk membelek beg duit kerana mahu bayar dalam syiling . Aku selalu penat ke kelas kerana tenaga hilang separuh memikul beg duit yang berat dengan syiling.

Selesai membayar aku keluar. “Adik adik ..tak nak ke limau ni!” jerit kakak cashier dengan suara yang tegas namun intonasi yang lembut. “Oh saya terlupa” balas ku dengan penuh kesopanan sambil berpatah semula dan mendapatkan limau tersebut. Kemudian aku berikan limau tersebut kepada rakan ku dengan penuh kepercayaan dan amanah. Aku berpesan kepadanya supaya masukkan ke dalam beg yang aku galas. Dia pun berpusing kebelakangku dan memasukkan limau ke dalam beg ku. Secara jujur dan honest aku tidak merasakan sebarang perubahan berat pada beg. Namun aku berlalu bersahaja.

Selepas meninggalkan pasar tani seorang brother mendapatkan kami dengan raut wajah cemas. Aku pun berkata kepadanya “Rilek la bro”. Rupanya kereta Mini Cooper beliau tersangkut didalam lopak. Kami dengan penuh ikhlas dan simpati membantu beliau menolak keretanya hingga berjaya. Sebelum berlalu dia melambai tangan sambil mengukir senyum seperti senyuman penyampai berita tanda terima kasih.Sampai di stesen bas ternyata bas tidak muncul muncul. Lalu aku keluarkan roti keras hadiah seorang rakan. Aku kopek halus halus dan beri kepada burung merpati liar di stesen bas bagi mengisi masa lapang.Akhirnya bas tiba.

Kawan aku kemudian mengajak aku ke supermarket kerana dia masih belum berputus asa mencari halia dan cili hidup.Tapi aku malas nak cerita.Di pendekkan cerita aku sampai ke rumah dengan badan yang penat. Sambil membuka beg aku kemaskan barang barang yang aku beli dan yang aku bawa.

Tiba-tiba aku terperanjat. Suasana bilik yang ceria bertukar muram. Cahaya lampu terang juga slowly menjadi malap. Aku tak percaya apa yang aku lihat. Aku belek sekali lagi untuk dapat kepastian. Ternyata. Ternyata limau 4 biji yang aku beli tadi tiada. Hilang tanpa kabar. Sesat ditelan zaman. Aku segera mendail custumer service untuk service lost and found. Menurut pengawal keselamatan dan disahkan rekod cctv aku telah mengambil limau tersebut. Aku kemudian mendail rakan ku kerana mungkin dia telah mencurangi kepercayaan ku. Dia berkata yang dia tidak mengambil dan tidak memprank diriku.

Aku kini masih trauma.Tidak tahu siapa nak dipersalahkan. Kalau nak salahkan hantu , dibandar ini masih belum ada satu pun  laporan berkenaan hantu.Jika di Kuala Lumpur mungkin ada hantu seperti hantu pocong , hantu yang buat budak sekolah histeria dan yang termoden hantu Kak Limah.Disini kalau ada pun mungkin hantu tidur dan hantu movie. Kemungkinan mereka terlibat dalam kes ini sangat minimum.4 biji limau tersebut terus, menjadi misteri sehingga kini. Hilang tanpa kabar.Tiada siapa tahu nasib mereka sama ada selamat atau tidak dapat diselamatkan.

Pengumuman : Sebenarnya aku nak tulis dalam Bahasa Inggeris . Namun disebabkan ada suara-suara yang asyik perli aku dekat twitter jadi aku tulis dalam Bahasa Malaysia. Sorry for my English readers especially Ron Weasley and Susie Salmon.

Advertisements

§ 6 Responses to 04 Misteri kehilangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading 04 Misteri kehilangan at What happen in my life.

meta

%d bloggers like this: