Kehidupan dan kasih sayang.

May 16, 2011 § 6 Comments

Aku suka sebenarnya travel.Tapi travel yang short sahaja.Aku suka memerhati dan merenung sepanjang perjalanan.Berfikir dan terus berfikir.Aku suka saat fikiran ku melayang.Seperti berkhayal juga kadang-kadang rasanya.

Kami sampai ke station kereta api.Namun lewat satu minit.Jadi terlepas train.Terus kami berlalu ke kaunter untuk membeli tiket baru.Train seterusnya adalah pada pukul 1.30 pagi jadi ada sejam setengah sebelum train baru. Aku tidaklah begitu terasa membeli tiket baru , berapalah sangat harga tiket baru dengan semua harta yang Abu Bakar RA pernah korbankan.Mungkin ALLAH mahu mendidiku untuk tidak terlalu mencintai wang ringgit.

Baki masa yang tersisa masih banyak jadi kami keluar untuk mencari mana-mana kafe internet untuk mengisi masa.Namun hampa yang ada hanyalah manusia-manusia yang mabuk terhuyung hayang.Ada juga yang menjerit-jerit.Lalu kami berteduh sebentar di kedai kopi .

Di dalam kabin kereta api aku tak mampu tidur.Kerana pada siangnya aku telah terlanjur tidur terlalu lama.Aku mengambil keputusan untuk menulis cerita rahsia hati di dua helai kertas.Pada mulanya aku ingin menyerahkan tulisan itu kepada sahabatku di Moscow.Kononnya mahu berkongsi rahsia.Namun tidak terjadi.Mungkin kerana rahsia itu belum mahu keluar.Pukul lima pagi baru mataku mampu terlelap.Tidur tiga jam sahaja.

Banyak yang aku dapat di program yang aku sertai.Rasanya dapat benda yang lebih dari apa yang aku harapkan.Harap ia dapat menjadi pembakar diriku agar terus berkerja.Tiket bukan sahaja berbaloi tapi rasanya tiket itu terlalu murah berbanding apa yang aku dapat pada hari itu.

Perjalanan balik agak merunsingkan pada mulanya.Kerana ditemani 4 orang mabuk di dalam kabin.Gregorovic , Vitia , Misha dan Andrei namanya.Menghulur minuman keras dengan nada paksa sambil bersembang tidak ketahuan.Takut juga pada mulanya kerana Vitia berbadan sedikit besar dan asyik memaksa untuk minum.Akhirnya dia mengalah dan hanya suruh angkat cawan tanda ‘toast’ minum bersama.Jadi aku angkat saja.

Aku tidur nyenyak malam itu.Tenggelam dalam mimpi cuma bangun dua kali untuk sembahyang jama’ maghrib isya’ dan solah subuh.Pagi itu aku merenung di luar tingkap.Langit pagi berwarna oren ditambah padang rumput luas saujana memandang . Di hujung horizon pula terdapat asap yang keluar dari corong kilang .Sungguh mengasyikkan. Aku tak berhenti merenung. Berfikir dan melayang.

Tiba di St Petersburg masih berbaki setengah jam sebelum Subway mula beroperasi.Jadi kami berdua dapatkan tempat duduk untuk menunggu.Di hadapanku terbaring seorang pemuda di kerusi panjang .Seiras pandang aku agak umurnya di hujung 20-an.Kakinya kudung di sebelah kiri.Aku agak dia ini ‘homeless’.Bawah kerusi itu ada dua tongkatnya dan sebotol air mineral.Beberapa ketika kemudia datang seorang pegawai polis muda membangunkannya.Pegawai itu melarangnya tidur berbaring disitu. Dia kemudian duduk dan termenung.

Aku tidak tahu kenapa tapi hati ku berkata ketika itu kepadaku bahawa ‘ Islam rahmatan lil alamin’ . Hatiku tak berhenti berkata perkataan yang sama di saat itu.

Beberapa ketika ketika kemudia muncul pula seorang anak kecil yang dipimpin oleh ibu dan bapanya.Bapanya kemudian mendudukkannya dikerusi.Kemudian membantunya melonggarkan jacketnya.Setelah aku amati beberapa ketika aku sedar bahawa anak kecil itu buta matanya.

Kemudian mereka berpindah duduk di kerusi panjang didepan ku sementara si bapa pergi entah ke mana. Kini ada seorang pemuda yang kudung kaki kiri dan seorang ibu bersama anaknya yang buta di depanku. Kemudian berlaku sesuatu yang begitu menyentuh hatiku.

Aku melihat anak itu meraba udara.Tangannya ingin menyentuh dan mencari ibunya.Lalu ibunya menyambut tangan anak kecil itu dan mengucupnya.Ibunya menariknya dan memeluknya.Kemudian si ibu mengucup kepala anak kecil itu.Aku lihat anak kecil itu tenang dan aman bersama ibu disisi.

Perasaan ku bercampur ketika itu. Hiba , suka , terharu , tersentuh semuanya bercampur membuatkan hati yang keras ni tergoncang seketika.Aku masih belum pasti sehingga kini apa yang hendak di beritahu oleh ALLAH SWT kepadaku tetapi hatiku mengulangi kata yang sama.

Jam kemudian menunjukkan enam pagi.Lalu aku beredar dari tempat menunggu untuk mendapatkan subway dan pulang ke rumah.Segala yang aku dapat kini perlu dianalisa.Di kaji dan yang lebih penting diterjemahkan kedalam hidupku ini.

§ 6 Responses to Kehidupan dan kasih sayang.

Leave a comment

What’s this?

You are currently reading Kehidupan dan kasih sayang. at What happen in my life.

meta