Saving a moment

June 12, 2011 § 3 Comments

Aku nih orang yang suka merayau-rayau di blog orang and then tinggalkan komen sebagai hadiah.Tapi bukan itu sebenarnya yang nak bagi tahu.Dulu pernah termasuk blog seorang sister nih dan suka satu quote dia.Jangan fikir pelik.Suka quote dia sahaja.Bunyi dia camnih:

The best thing about picture is that it never changes although the people in it do.

Hari nih aku selak semula album-album lama dulu.Mula dari Klia , Frankfurt sampai St Petersburg.Semua mungkin ada dalam 40 buah album gambar.Total gambar mungkin beribu.Aku memang dah lama nak cuci gambar jadi hari nih aku pun pick la dari beribu gambar tuh dapat la dalam 80 lebih gambar untuk dicuci.

Kalau nak cuci semua memang tak ada duit.Semasa tengok semua gambar macam-macam perasaan datang.Aku realize yang dah banyak masa yang aku habiskan  dengan kawan-kawan dekat sini.Dari Miat sampai Russia mungkin dah 3 tahun bersama.Banyak  tempat yang kitorang pernah pergi bersama-sama termasuk lah Palushka , Moscow , Park pabedi , Mega , Nevskiy , Velikiy Novgorad ,Peterhof dan macam-macam lagi.

Juga macam-macam benda dah dilalui bersama. Raya bersama tanpa keluarga , ekskursi dengan cikgu , exam , sambut birthday sama-sama , cuti , Umno games , BBQ ,  Moscow games , New year , Victory day dan macam-macam lagilah.Bila aku teringat pasal 2 tahun yang aku dah lalui di sini rasa macam sekejap je.Macam 3 minit.Sebab tu kadang-kadang aku rasa sayang je dengan semua dan kalau boleh , 2 tahun berbaki bersama nih nak luangkan banyak masa bersama.Sebab of course la bila dah grad nanti susah nak jumpa balik semua.Kalau buat reunion pun confirm short.Mesti ada yang tak dapat datang.Confirm.

Tapi dalam kepala , aku nak sambung bila dah habis belajar nanti , kira extend lagi 2 years.Bila fikir aku ada 4 tahun lagi terasa lama pulak.Tapi sebenarnya aku pun tak confirm boleh tak dapat lagi 4 tahun tu.Takdir ALLAH sapa tahu.Mati datang dimana sahaja bila-bila masa.

Aku nih jenis senang tenggelam dalam memori.Selalu tertanya kenapa dalam realiti walau sesukar mana pun dan sepahit mana pun keadaan yang kita lalui , tapi lepas masa berlalu realiti yang pahit itu jadi manis.Pelik kan? Kalau susu bila masa berlalu akan basi dan buah-buahan akan busuk.Tapi tidak memori.Ia berubah menjadi manis dan indah.

Why memory is always beautiful than reality?

So the question remain.Dan bila aku tengok balik gambar-gambar lama.Aku perasan yang banyak benda dah berubah.Dari segi fesyen.Dari segi muka.Perwatakan pun ada yang berubah.Even dalam pergaulan.Dulu tak bercakap sekarang dah bercakap.Dulu tak skinny sekarang skinny.Dulu nokia sekarang iPhone.Dulu tak emo sekarang emo.Haha.

Yes , we all changed.

Aku baru tersedar sekarang aku jarang menaip dalam English.Tape lah lagi pun English aku broken English .Tapi sebenarnya Malay aku pun broken juga.Tapi Malay lagi banyak vocab.English kurang sikit.

I think I will miss Russia and all the moments after this.

Tapi itu lah sejak DSLR aku kena culik.Aku dah tawar untuk save  moment yang aku pernah lalui dalam bentuk gambar.Aku ada juga beli kamera biasa lepas tu.Tapi rosak masuk air waktu berenang di Pulau Kapas tahun lalu.Teringin juga nak beli DSLR baru tapi duit tade.Banyak sangat benda dalam buying list aku sekarang nih.Pc lagi handphone lagi.Last-last semua benda tak beli.Haha.

Cukup la tuh.Harap-harap kedai gambar bukak esok.

Selamat malam.

§ 3 Responses to Saving a moment

Leave a comment

What’s this?

You are currently reading Saving a moment at What happen in my life.

meta