Maybe the best moment in my life

June 29, 2011 § Leave a comment

Lepas beberapa ketika nih aku rasa agak tenang sikit.Walaupun ada juga lah beberapa kekecewaan yang masih tersisa. Bila semua orang balik dan , tinggal beberapa orang jeh disini , aku rasa macam finally ada ruang untuk bernafas.

Tambahan pula tengah study break jadi tidak banyak beban yang perlu difikirkan. Just summer ini ramai yang datang St. Petersburg dari officer yang melawat hingga lah yang datang bercuti bersama family , jadi ada juga lah perkara yang perlu difikirkan. Diurus dan dibantu tolong.

Seronok rasanya this short interval moment bercuti disini sebelum balik Malaysia. Kalau balik awal-awal pun rasanya sama sahaja.Setakat dapat makan roti canai awal sikit sahaja.Balik lewat sikit pon boleh je makan. Best rasanya kelas takde.  Duduk dengan senior.Sembang sekali. Masak sekali. Solat berjemaah sekali. Tengok movie sekali. Sambut adik-adik baru sekali. Terasa hidup seketika.

Walaupun biasa lah melayan adik-adik baru memang sedikit melelahkan . Tapi berbaloi. Rasa puas dapat membantu dan memudahkan urusan mereka untuk menyesuaikan diri. Tapi sedikit terkilan dan kasihan kepada adik-adik perempuan.Tak ada kakak-kakak yang menyambut mereka.

Maklumlah perempuan lagi senang kalau ada kakak yang membantu.Akan rasa lebih safe dan selesa.Kerana ada certain-certain masalah yang segan hendak di tanya . Hal orang perempuan. Orang lelaki tak tahu dan tak faham. So , kami hanya mampu tolong mana yang boleh sahaja.

Apa-apa pun good luck kepada adik-adik baru. Ada masalah jangan segan bertanya.

Mana yang tahu inshaallah boleh ditunjuk-tunjukkan.

Selamat semua!

Aku ingatkan masa cuti selama seminggu nih akan merangkak dengan perlahan.Rupa-rupanya terbang dengan begitu pantas.Sedar sedar dah 1 July.Sebenarnya aku malas nak buat post baru jadi aku edit la post nih tambah sikit dekat bawah .Haha.

Apa yang aku terharu adalah dapat hadiah dua buku dari senior tahun akhir. Iaitu buku Fiqh berinteraksi dengan non-muslim dan Amalan sepanjang hayat.Yang lebih terharu buku kedua tu diberi oleh ibunya tapi dia wariskan dekat aku.Terharunya isk isk. Inshaallah aku akan cuba manfaatkan sebaiknya.

Malam nih time aku tengah kemas-kemas barang.Jumpa jiran satu floor.Budak cina.Xia Qi nama dia.Aku dah kenal sejak first year dulu.Mula-mula dulu rajin la sembang.Pastu lepas lama-lama semua sibuk dengan study jadi tak sembang dah.Sembang dengan dia.Dia kata dia dah tak nak sambung master kat sini.Katanya nak sambung kat China.

Banyak juga barang dia wariskan dekat aku. Tangkal feng shui dia bagi. Cd-R dia bagi katanya dah tak guna. Printer pon dia bagi jugak. Aku tanya berapa harga. Segan lah nak amek free. Dia kata ‘Hang amek je la free , aku bagi hadiah’ . Peh cair terus aku.Terharu. Nasib baik dia lelaki. Yang aku segannya macam-macam dia bagi aku tak bagi apa pun dekat dia.

Fikir-fikir balik apa la yang aku boleh bagi.Nak bagi duit aku pun tengah sengkek kad bank hilang.Last-last aku minta pin baju ‘Student Malaysia’ dekat junior yang baru sampai bagi dekat dia.Itu je lah kut yang termampu.Nak bagi souvinir lain aku tak ada.

Oh mengantuknya.Okay lah nak tidur.

Bye.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Maybe the best moment in my life at What happen in my life.

meta

%d bloggers like this: