Bintang bukan sebutir

July 4, 2011 § 4 Comments

Dalam banyak-banyak tempat dalam dunia yang luas nih.Dari Paris , London , Venice sampai la ke Antarctic aku rasa lagi best duduk kat hostel bersama kawan-kawan.Haha.Sebenarnya tajuk post tu tade kena mengena pun.Saje menulis kejap sebab takde keje.Diorang sume pegi Ashan dan Atrium (Nama shopping complex kat Moscow) tinggal aku kat bilik dengan Miji.

Semalam dah penat jalan kat Partizan.Serious penat.Dengan panas summer sekarang memang menyedut tenaga dengan pantas.Miji sampai demam muntah-muntah balik Partizan.Haha.Nasib baik antibody aku kuat sikit.Alhamdulillah.

Malam sebelum tuh pulak tidur dah lambat tengok cerita.Cerita korea.Tapi bukan cerita korea yang cinta-cinta comel cute sweet romantik yang remaja perempuan selalu tengok.Cerita pasal Serial Killer.Menarik cerita dia.Yang pasti moral dan pengajaran dia lagi bagus dan berguna berbanding Nora Elena.Serious.Haha. Tajuk dia The Chaser. Tapi cari la yang dah cut punya.Sebab ada babak yang ganas dan babak yang kurang senonoh.Biasalah sebab bukan orang Islam punya filem.

Semalam makan nasi ayam dengan diorang.Hari sebelum tu pulak makan sambal ayam.Aku datang Moscow nih bukan nak berjalan sangat sebenarnya.Aku jenis yang suka spend masa dengan kawan-kawan yang lama tak jumpa.Aku selalu je datang Moscow cuma tak lama la stay sebab selalu ada kelas.Sekarang dah cuti syok la boleh duduk lama sikit.

Syok rasanya duduk dekat sini waktu cuti.Masak sekali.Main Ping-Pong sekali.Futsal sekali.Bersembang dan gelak ketawa bersama.Tidur sekali.Sini serious best ada surau Malaysia.Kalau la kat St Petersburg ada.Fuhhh nikmat.

Petang semalam main futsal.Lama dah rasanya tak main futsal dengan ‘sep-sep’ nih.Best  la walaupun kalah sume game.’Main sekali’ itu yang best tuh.Malam semalam lepas makan nasi ayam duduk beranda ramai-ramai.Tengok bintang.Tengok helikopter sambil bersembang dan minum-minum (air jus ). Lepas nih balik Malaysia mesti susah nak jumpa.Nak spend masa dengan family.Pastu duduk negeri lain-lain.Sekarang la masa nak bersama.Sebab tu aku malas balik awal Malaysia.

Dah duduk lama kut Malaysia sebelum nih.19 tahun.Habis belajar nanti duduk Malaysia balik.Kalau kawan aku kat Jordan dan Sudan tu sampai 3-4 tahun tak balik Malaysia.Syoknya.Aku sebab semua orang balik jeh.Kalau ada yang tak balik aku rasa okay jeh tak balik.Stay sini.Sebab bagi aku kalau tiap-tiap tahun balik tak menarik rasanya.Tak rasa la rindu dia.Bila sampai 2-3 tahun tak jumpa.Pastu jumpa , tu baru rasa fuhh rindu terubat.Ini tiap-tiap tahun balik orang Malaysia pun dah bosan.Muka kau lagi.Rasa rindu tak timbul lagi dah tengok muka balik.Haha.

Mengantuk nih sebenarnya.Nak lelap sekejap.

Bye.

Advertisements

§ 4 Responses to Bintang bukan sebutir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Bintang bukan sebutir at What happen in my life.

meta

%d bloggers like this: