Memori Malam Aidilfitri 2011

August 31, 2011 § Leave a comment

Aaah. Aku sebenarnya tak suka sangat hari raya. Bukan apa biasanya malam raya kosong aje. Time kecik kecik dulu boleh la main mercun ke main kejar kejar dengan cousin ke. Bila dah besar takkan lah nak main lagi. Sepupu pun berapa kerat je yang balik kampung.

Tapi Alhamdulillah tahun ini. Dah start takbir rumah ke rumah di Kampung Rungkup Kecil,  Bagan Datoh nih. Dimulakan oleh Ustaz Akhyat dan bapa mertuanya.

Ada la sedikit aktivitinya. Dapat juga bersembang berkenalan dengan orang sekampung yang lain. Dengar pengalaman orang tua tua. Nasihat dan cerita cerita nostalgia kampung.

Banyak cerita yang keluar.  Cerita panjat tiang licin. Aku pernah juga tengok acara panjat tiang licin nih dulu dulu. Memang meriah. Cerita main guli batu. Cerita meriam buluh, meriam tanah, gasing dari pokok petai. Mandi telaga.Macam macam lagi.

Mulanya aku duduk duduk saja di rumah. Ayah ibu keluar bersama adik dan sepupu ambil angin di luar. Aku yang kenyang nih tersadai di rumah sambil membelek buku khutbah raya. Dah jadi kebiasaan tiap tiap raya, khutbah keluarga atok yang akan baca. Dulu pakcik kami yang baca kini tiba giliran kami cucu cucu.

Sedang dok berehat datang Hj Hasan ajak bertakbir. Aku pun join lah. Kalau duduk di rumah pun terbatas sangat aktiviti. Setakat mengadap skrin TV tak rasa kenikmatan raya.

Alhamdulillah dapat la 6 buah rumah malam nih. Setiap rumah aku mampu cubit cubit aje lemang dan rendang. Nak suap semua ke dalam mulut mau demam dan muntah esok hari.

Aku rasa bagus sebenarnya takbir rumah ke rumah nih. Walaupun mungkin dalam sirah tak ada takbir rumah ke rumah tapi dasar hukumnya ada. Iaitu di sunatkan bertakbir membesarkan ALLAH di kala menjelang syawal. Mungkin ini cara yang terbaik menghidupkan suasana kejiranan dan saling ambil tahu di kampung nih.

Lagi pun kampung nih saban tahun semakin sunyi. Orang muda semua dah ke kota. Yang tinggal orang tua sahaja. Kalau ada yang muda pun boleh dikira dgn jari. Kalau orang tua telah meninggal kebun semuanya bertukar menjadi hutan dek kerana anak tak reti berkebun.

Seronok rasanya dapat bertakbir bersama Pak Anjang,  Abg Zakiran, Atok Ho, Roy dan lain lain.

Alhamdulillah. Esok raya. Jadi Salam Aidilfitri kepada semua!

Advertisements

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Memori Malam Aidilfitri 2011 at What happen in my life.

meta

%d bloggers like this: