Satu Syawal

August 31, 2011 § Leave a comment

Perut sebu berkat join takbir rumah ke rumah semalam masih belum lega. Aku bercadang tak nak makan sampai la perut terasa lapar dan sebu hilang.

Tapi kadang-kadang nasib tak selalu menyebelahi kita. Hehe. Lepas je solat sunat Aidilfitri dan Khutbah raya Ustaz Akhya tegur aku. “Saya suka dengan kamu walaupun khutbah tadi banyak yang comping, jom kita makan sekali sambing bersembang”.

Memang kebiasaan raya disini lepas solat ada jamuan bawah surau. Setiap keluarga bawak 1 talam. Kalau nasib baik dapat talam yang ada ikan bakar. Aku dah plan nak skip yang nih. Tapi Ustaz ni bersungguh sangat jadi tak dapat la aku menolak.

Yang bubuhkan nasi pun orang lain. Jadi strategi nak kurang makan tak menjadi. Ciss.

Macam macam la sembang dengan Ustaz. Dia kata dia dulu belajar di Dimashq. Syeikh dia kena pukul dengan tentera Bashar Assad. Sekarang Syria masih berevolusi. Pasal Syeikh Ramadhan Buti yang menyokong pemerintahan Assad walaupun berlaku kezaliman. Kitab Al-Buti orang bakar kata Ustaz.

Balik dari surau tiba masa bersalaman. Wo (Panggilan untuk nenek) memang akan menangis masa nih tiap tiap tahun. Waktu sampai turn aku Wo nak bagi duit raya.

Aku cakap dah besar tak perlu dah duit raya. Wo cakap Wo nak bagi bukan sebab besar atau kecil. Memang kasih sayang seorang nenek nak bagi sesuatu dekat cucu.

Masa beri kata aluan untuk jemaah di surau Atok Ho ajak semua join perarakan raya. Berarak rumah ke rumah. Ini memang aktiviti tahunan kampung. Aku tak pernah join sebab malas. Tapi tengok Atuk Ho yang sedikit sebak sebab orang kampung semakin berkurangan aku jadi serba salah. Jadi join la tahun nih.

Memang kampung nih sunyi kalau tak raya. Orang tua tiap-tiap tahun meninggal dunia. Yang muda pula semua berhijrah dan menyambung hidup dikota.

Aku perhatikan orang-orang kampung tua kampung nih kebanyakannya kulit tak cerah. Tangan jelas kasar dan kaki merekah. Mereka bekerja bukan bawah aircond. Kerja mereka pikul tandan kelapa sawit. Bela kambing lembu. Hujan atau panas mereka bekerja.

Hasil tangan keras dan kasar itulah anak-anak mereka masuk universiti. Anak-anak dapat kerja bagus, ada duit boleh beli kereta dan rumah di bandar.

Bila dah besar setengah setengah orang tua tak ambil pun duit anak mereka walaupun diorang bagi. Hidup dah biasa bertani. Bila tua pun tak dapat berpisah dengan kebun. Aku pun terharu bila dengar bahagian nih. Diorang besarkan anak bukan supaya anak boleh tanggung mereka bila dah tua. Dalam hati tak pernah harap jasa dibalas!

Lagi satu yang aku perasan pada orang tua nih sikap mereka yang cinta pada ilmu. Terutamanya ilmu Islam. Kalau anak itu belajar bahagian agama jelas mereka terpancar bahagia.

Aku tengok mereka semangat mengajak anak muda ke surau. Menghidupkan Ramadhan. Mereka ke surau dengan Dunhill sekotak. Walaupun mereka tak sempurna dan ilmu agama tidak betul betul sempurna tapi semangat nak kepada Islam mereka kuat. Mereka harap anak-anak mereka lengkap ilmunya.

Kalau ada anak muda yang boleh jadi imam disuruhnya kedepan. Mereka yang segan dengan anak-anak. Jadi terbalik. Segan katanya bacaan tak elok tajwid banyak salah. Bila bersembang dirumah ditanya mereka kepada kita bagai mana bacaan solat mereka.

Dengan sebak mereka berkata. “Kalau kamu dengar atuk salah baca kamu cakap,  aku tak marah”. Bukan mereka tak nak belajar cuma zaman mereka peluang dan ruang terhad. Hati aku menangis lagi!

Habis berarak aku cadang nak terus tidur. Penatnya Ya ALLAH. Itu pun aku tak ikut habis. Kalau ikut sampai habis mau sampai ke petang lepas asar.

Sepanjang berarak aku tak jamah sangat makanan. Perut masih sakit dan sebu. Pak anjang kata time ni la nak MSB.’Makan Sampai Buncit’. Tapi kat rumah Pak Husin dia jamu soto plak! Aku tergugat lalu telan semangkuk. Perut yang nak kendur kembali sendat. Adeh!

Habis berarak Afiq nak ambil notebook dan broadband di rumah. Jadi singgah rumah Makcik Mam. Terpaksa makan lagi!

Setiba dirumah aku terus cari bantal dan landing bawah kipas. Nak tidur tapi Adam Badri call kata nak singgah rumah. Dia tanya jalan. Jadi tergendala plan aku nak tidur. Time adam sampai aku kena teman dia makan. Ahhh makan lagi. Bila perut nak berehat?

Lepas Adam balik aku solat asar dan terus shut down. Akhirnya boleh tidur. Tengah tidur datang sepupu bawak handphone dengan charger. Tanya compatible tak. Aiya itu pun nak tanya. Try la cucuk kalau masuk compatible la tu. Haish.

Geram jugak aku dengan sepupu sepapat yang kecik nih. Kerja nak handphone main game. Kalau reti main takpe jugak. Tak bagi kang nangis. Main tak reti. Aku tengok game Angry Bird,  Cut the rope,  Yo Ninja dll sume tak meningkat pun level.

Yang jadi mangsa aku. Bateri habis. Satu yang aku perasan. Bila ada je sorang budak main game dekat handset aku. Nanti datang sorang lagi jadi tukang tengok. Pastu tambah lagi. Sorang-sorang semuanya ternganga diam. Khusyuk tengok orang main game. Kalau khusyuk camni belajar membaca kan bagus. Alahai budak-budak nih.

Budak-budak nih layan mula mula syok la. Tapi lama-lama tak larat. Dengan busuknya YA ALLAH. Mandi peluh lari tak berhenti. Kalau baru lepas mandi datang nak peluk boleh. Tak mandi kalau datang aku lari.

Aku terjaga dah maghrib. Tengah mamai mamai aku cari henset tanya sorang sorang budak yang main tadi. Semua tak tahu. Cuak juga aku takut hilang. Selamat ibu tolong simpan. Rupa-rupanya sepanjang aku tidur diorang main game sampai hanset panas. Dari pukul 5 sampai pukul 8. Haih budak budak ni panas aku dibuatnya. Lepas ni tak boleh bagi.

Lepas ambil henset aku balas semua message yang ada. Aku perasan keluarga Pak Ngah dah sampai. Tapi Pak Ngah nya tak nampak. Tidur bilik mana aku tak pasti. Fahmi anak Pak Ngah pun tak nampak. Fahmi la teman sepermainan masa kecil di kampung. Naik motor jatuh parit sekali.Haha.

Lepas aku habis mandi diorang dah hilang. Pergi ziarah keluarga Mak Ngah katanya. Malam nih Tok Mokhtar ajak makan nasi Beriyani di rumahnya di Teluk Intan.

Perut aku sebenarnya masih tak fully sedap. Cuma dah buang air rasa selesa sikit. Sampai umah Tok Mokhtar Alhamdulillah perut bertambah selesa. Mungkin sebab bau briyani yang sedap kut. Haha.

Jarang aku makan tambah kebelakangan nih. Memang sedap briyani dia. Terpaksa tambah. Aku bersembang dengan Ahmad anak Tok Mokhtar. Kalau ikut susunan keluarga dia pangkat pakcik tapi dia muda dua tahun dari aku.

Dia ambil lanscape di IKBM Perlis. Sekarang practical di Melaka. Tok Abu dan Tok Ali  pun datang. Jadi meriah la sikit. Banyak la benda yang disembangkannya. Banyaknya topik pasal cerita kebuasan Islami waktu kecik kecik. Keluarga kami ramai lelaki jadi memang masa kecik dulu banyaklah karenahnya. Semua hero bak kata orang kampung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Satu Syawal at What happen in my life.

meta

%d bloggers like this: