Semangat orang muda

November 19, 2011 § Leave a comment

Siapa anda? Kenapa anda baca blog ini? Kenal ke dengan sapa yang menulis blog ini?

Kalau tak kenal tolong jangan ambil serius apa yang di tulis. Sebab aku bukanlah orang yang selalu serious. Haha.

Syukur kepada Allah setakat ini kehidupan aku bertambah baik dan tenang. Tahun ke tiga di universiti banyak bezanya dari tahun pertama dan kedua. Mungkin sedikit sebanyak sudah boleh adapt dengan suasana disini.

Khamis lepas ibu call. Ibu bagi tahu yang kakak dah pregnant 10 minggu. Kalau semuanya berjalan lancar dengan izin Allah inshallah bulan 6 tahun depan ibu dapat cucu pertamanya. Aku pulak dengan izin Allah insyallah akan menjadi Pak Ngah ( Sedih , Gembira , Terharu , Seronok) . Aku berdoa sangat kepada Allah semoga kakak sihat dan kandungan yang dibawa sihat juga.

Plan asalnya aku tak mahu balik Malaysia tahun depan. Sebab dah tahun akhir jadi nak spend masa-masa terakhir disini. I will miss this place surely . Tapi dalam kepala sekarang fikir nak habiskan cepat.Lagi cepat lagi bagus.Haha. Sebab yang seterusnya adalah aku rasa kalau tiap-tiap tahun balik tak ada feeling langsung macam duduk luar negara.Macam duduk asrama je. Pernah sekali masa aku balik hari tu jumpa pakcik-pakcik surau. Masa moreh sembang sembang , sorang pakcik nih cakap kat aku “Eh ko lagi , asyik balik je”.

Sebab yang ketiga aku nak mencari idea di musim panas dan mungkin ada beberapa project yang aku nak buat.Project apa? . Rahsia la .Tapi jangan risau semuanya menjaga batas syara’ Inshallah.

Tapi tu lah sebab dapat anak saudara pertama jadi Ibu suruh pulang. So , rasanya terpaksalah korbankan semuanya. Family first.

Ish aku nak tulis panjang lagi nih tapi masa macam tak ada jeh.Kena pergi main futsal.Tapi tak apa sambung sikit lagi.Topik lain pulak.Pasal generasi muda. Generasi aku. Mungkin juga generasi kamu kalau kamu masih muda. Atau generasi anak kamu kalau kamu dah tua.

Generasi muda nih golongan yang mempunyai banyak potensi.Bersemangat membara , banyak tenaga dan aktif. Jadi alangkah ruginya kalau generasi ini menghabiskan tenaga, usia dan potensinya pada perkara yang sia-sia. Aku ada tengok satu video nih menarik juga lah dikongsi oleh abang Penamaya. Sedikit sebanyak menyedarkan aku generasi muda nih akan tanggungjawab dan tugas.

Sebenarnya semalam aku pergi bilik senior aku Ebi. Dia tanya aku pasal Tragedi Memali. Aku cakap yang aku ingat pasal Memali ialah As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya. Dia tanya aku balik sapa Ustaz Ibrahim Libya. Aku pun tak ingat sangat jadi Ebi search untuk tahu ceritanya.

Alamak got to go.Nanti sambung lagi.

…..

Ok dah habis main futsal.Dah habis packing barang.Boleh sambung menulis.

Haa pasal tragedi Memali.Tengok satu video dengan Ebi lepas tu aku balik bilik untuk memuaskan rasa ‘curious’ aku pasal kes ini. Banyak juga blog dan video yang aku tengok untuk lebih faham lagi pasal tragedi ini. Baca punya baca sampailah aku sesat kat satu blog yang kemudianya menemukan aku dengan video 10 Tahun Sebelum Merdeka arahan anak muda Fahmi Reza. Kagum juga aku dengan Fahmi Reza melihat kegigihannya menerbitkan dokumetari penting nih.

Dengar speech dia meyakinkan aku bahawa anak muda mempunyai kuasa dan potensi besar. Bagaimana generasi muda dahulu dapat bersatu tanpa mengira bangsa untuk mengejar kemerdekaan. Walaupun dilabel dengan gerakan kiri dan sebagainya tak menghilangkan semangat mereka. Itulah asam garam perjuangan. Kalau tak susah bukan lah ia perjuangan.

Puas juga aku cari dokumentari Fahmi Reza yang satu lagi ‘Revolusi 48’ tapi tak available online (sedih). Apa yang aku nak ambil dari semua ini bukan lah ideologi komunis atau sosialis. Yang hendak diambil adalah bagaimana semangat generasi muda dulu berjuang. Berorganisasi , bergerak dan merancang.

Erm itu je lah yang hendak ditulis.Nak kena bersiap pergi Moscow , lama rasanya tak pergi Moscow. Haha. Padahal 2 minggu lepas baru je pergi sambut Birthday Khai.

Semoga kita terus bersemangat hidup dengan perjuangan. Jangan pernah berhenti!

Bye.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Semangat orang muda at What happen in my life.

meta

%d bloggers like this: