Kemana tumpahnya ukhuwwah kalau bukan ke hati?

February 8, 2012 § 6 Comments

Single but not ready to mingle?

Ketika orang lain semua telah keluar bercuti di penghujung Januari 2012 aku masih tersadai di Peter. Kampung halaman ketiga yang dicintai selepas Changkat Tin dan Bagan Datoh.Haha.Plan asal tidak mahu kemana-mana hanya nak pergi ber’program ‘ di Moscow. Tetapi susunan Allah Maha Chantik. Disusun Allah untuk berjaulah di Republik Tatarstan.

2-4 Febuari dari pagi hingga ke malam berprogram di Hotel Universitetskaya. Alhamdulillah Allah  beri kekuatan pada hati untuk mendisiplinkan diri menghadirkan diri dari pagi sehinga ke malam. Sedikit sebanyak hati yang kian surut dengan ruh dan semangat Islam kembali dipenuhkan.

Pada masa yang sama dapat juga menyuburkan ukhuwwah bersama para ikhwah yang lain. Bertukar cerita. Berceloteh mesra bersama.Dengan orang yang sama kefahaman ini sangat berbeza. Semuanya lebih indah,bahagia dan ceria .

Program  ini juga mungkin kali terakhir bersama dengan Abg Zulfadhli di Russia . Lepas ini mungkin program tidak meriah lagi dengan tangisan dan keriangan Fateh dan Farouq (Anak abang Zul). Sedihnyeeee.

Kami bertolak ke Kazan dari Moscow pada pukul 10 malam 4 Febuari. Waktu tu mood aku agak tidak stabil. Sebab diakhir program ada soalan ditanya yang aku kena  jelaskan pada umum. Jadi malam tu fikiran aku dihantui soalan itu. Macam-macam yang aku fikir. Lengkap ke jawapan aku? Kualiti kerja di Peter. Kekerdilan dan kelemahan diri. Keikhlasan aku dalam beramal. Apa hak orang lain untuk judge perkara yang tidak mereka alami dan macam macam lagi.Plus soalan yang diutarakan tu aku jawab seorang diri tanpa ada bantuan dari 2 lagi wakil delegasi dari Peter. Jadi aku agak merajuk sikit.LOL.Tapi aku cuba padam rasa merajuk tu dan cuba tidak zahirkan. Takut nanti spoil pula mood bercuti semua orang.

Jadi dalam train aku hanya senyum tawar. Berbasa basi. Banyak berdiam dan mengasing diri. Menangis sorang-sorang dalam tandas untuk pujuk diri( LOL yang ni tipu je). Tidur awal untuk memadamkan api emosi.

Pagi baru terasa comel di Kazan. First impression tengok Vokzal  Kazan aku terus men’grade’kan Kazan sebagai kawasan low class tidak membangun dan terpinggir. Lepas tu baru aku tahu Vokzal  tu tengah dalam process baik pulih dan upgrade. Tu la orang kata tak elok bersangka buruk.

Kami stranded sekejap dibawah sinaran matahari beku di Vokzal. Sementara itu aku mencari kesan-kesan Islam di sekitar Vokzal namun tiada yang significant. Then  brother muka ala-ala Andy Caroll datang menjemput kami. Dia PIC untuk penginapan kami.Haha. Brother Andy baik orangnya. Bagi perkhidmatan cab percuma untuk kami.

Sampai di hostel. First impression aku kitorang akan tinggal di rumah setinggan. Atap bocor. Lantai berlumut. (Masih dengan tabiat bersangka buruk.) Sebab hostel sebelah construction site. Pintu dia plak kecik dan terpinggir. Masuk je dalam pergh macam dalam Istana Permaisuri Datin Seri Rosmah Mansor. Haha. Exaggerate lebih. Okay la.Bak kata orang Jawa ‘Suitable with the price paid’.

Setelah settled down. Settled up. Right left uppercut  (Masih terpengaruh dengan Real Steal). Kami pun memulakan eksplorasi jaulah mencari mahabbah di bumi Tatarstan. Lokasi pelancongan pertama kami adalah Tamas. Kedai makan 24 jam. Menu yang dicari adalah Shashlik Izbaranina. Namun hampa. Tetapi ada menu-menu kambing lain yang still sedap dan menjadi kegilaan gadis-gadis kampung. LOL. Seperti Dilamba.

Ketika aku beratur memesan makanan. “Haaa chiewww” aku terbersin dan menyebut Alhamdulillah. Dengan senyuman semanis kurma pakcik yang berpipi bulat bermata biru dan berkopiah yang menjaga kaunter pantas menyambutku dengan ucapan “Yarhamkallah”. Hatiku berbunga.

Kami meneruskan kembara bujang  (kecuali Ghalib) ke lokasi yang bertakhta di hati dan menjadi kerinduan sekian lama . Masjid Kul Syarif. Masjid yang menjadi simbol Iman dan Islam di bumi Tatarstan. Didepan Masjid ini terukir ayat Al-Qur’an dari Surah Ya Seen ayat 79 yang bererti “Say: He will give life to them Who brought them into existence at first, and He is cognizant of all creation”. Ayat ini menjadi peringatan kepada mereka dan kami tentang kehebatan Allah sebagai Rabb dan penguasa.

Dua hari kami berjemaah disini. Mengubat rindu dihati berjemaah di Masjid.

Berlatarkan cahaya lilin yang malap . Sedikit semburan fragrance lavender. Ditambah dengan alunan music slow  jazz. Kata orang malam pertama adalah malam yang tidak mungkin kita lupakan.

Sejuk winter tak mampu mengalahkan kehangatan cinter.

Malam pertama kami buat sesi ice skating. Eh silap ice breaking dan sharing. Sharing Alang, Ghalib, Kamal dan Nasir aku lupa. Yang aku ingat aku share pasal jangan mencarut. Sebab percakapan melambangkan identiti,mentaliti,personaliti dan obesiti. Abe share pasal jangan takut hantu dan doa senang jawab exam. Khai share pasal menjaga hidayah yang diberi dan pentingnya menjaga keaslian Islam. Syah kongsi pasal pesanan AIHAB jangan bergaduh perkara remeh. Dia gaduh dengan Alang pasal Man utd seri 3 sama dengan Chelsea. Padahal dua dua team tu memang tak power. Hahaha.

Perbincangan kami berevolusi dari ice breaking kepada love story sharing kepada pillow talk dan last skali slow talk. Masing-masing  bercerita tentang pengalaman cinta pertama. Tapi tak boleh cerita kat sini sebab dah janji cerita tu tak akan keluar dari bilik. Orang kata kita hanya share sweet secret dengan special friends je.

Dengar kisah cinta semua orang aku tersedar bertapa konsep FA sangat sinonim dengan pelayaran bahtera  cinta aku.LOL. Sorang  dah bertunang. Yang lain sudah ada calon , sudah berjumpa dengan keluarga bakal mertua, ada orang dah datang merisik. Aku pulak ibarat mutiara indah  di dasar laut gelap waiting to be found. (Gelinya analogi haha) .

Kami berbincang tentang masalah keluarga perempuan  yang demand mas kahwin tinggi. Masalah kenduri nak grand. Majlis kenduri menurut Islam. Hingga ke masalah penting mencari gadis yang sama pemikiran seperti kami.

Menurut apa yang aku faham  family yang selalu demand mas kahwin tinggi akan menyebabkan anak mereka kahwin lambat atau  menjadi isteri kedua. Atau menjadi andartu atau  tidak berkahwin .Lebih buruk menjadi perempuan simpanan atau penzina. Nauzubillah. Kerana lelaki nisbah lebih kecil dari wanita (Betul ke? Ironi dengan statistik utusan). Kalau pinangan ditolak boleh pinang yang lain. Tapi perempuan yang tolak pinangan belum tentu orang lain akan masuk meminangnya lagi.

Berbalik kepada mutiara di dasar laut tadi. LOL. Aku dah bulat tekad nak serahkan persoalan nikah ini kepada ibuku. Kerana aku lebih tsiqah dengan ibuku dari diri sendiri. Terasa ingin berbincang serious dengan ibu pasal calon. Tapi…

Am I ready to mingle? Lepaskan kebebasan di masa bujang? Menjadi serious? And so on. Jadi rilek dulu la kut. Kata orang “Gadis cantik bertudung di busana , kalau jodoh tidak kemana” . Haha.

Tapi teringin juga berkahwin inter-marriage. Abang medic kata kahwin dengan berlainan bangsa boleh dapat anak yang comel, sihat dan cerdik. Tak kisahlah korea ke india ke scandinavian ke. Yang bukan melayu la maksudnya.

Hari kedua kami pergi ke Ulitsa Baumana membeli cenderamata,cenderahati dan cenderahidung. Belikan ole ole buat keluarga dan adik-adik circle. Yang lawaknya semasa disana aku dan Khai  masuk ke satu Gift Shop  untuk defroze badan dan terjumpa sekumpulan pelancong Korea. Aku pun dengan ramah menegur “Anessayong!” . Khai pula bertanya apa khabar dalam Korean. Pakcik ketua kabilah Korea tiba-tiba teruja dengan kebolehan  kami dan mengajukan soalan tatabahasa level tinggi sikit. Seperti kerang busuk kami pun tersengih serta melarikan diri sebab tak faham.

Kami memborong fridge magnet di kiosk seorang makcik.Sangat baik. Ada dua orang satu kurus satu agak berisi. Yang kurus berpesan agar perlu selalu mengucapkan Alhamdulillah sebab dapat beli magnet  harga murah. Yang berisi ajar cara pakai Tubeiteka dengan betul. Aku juga sempat membeli Pashmina untuk ibu dan Wo.

Pada hari kedua kami juga berpeluang beramah mesra dengan Mufti Tatarstan , Ramil Yunusov Munawarovic . Beliau dengan semangat menceritakan pengalaman beliau mewakili Russia ke Halal Exhibition di Kuala Lumpur. Katanya di pernah bersalaman dengan Sultan Mizan di Malaysia ketika  itu. Dia juga teruja menaiki boat di The Mines dan ber’snorkling’ di kepulauan Langkawi. Katanya seronok di Langkawi sampai rasa nak stay sana.

Mufti juga mempersoalkan Casino yang besar di Genting Highland . Dia menyatakan perasaan bangga
kerana Tatarstan tidak mempunyai Casino. Akhir sekali beliau berpesan agar belajar bersungguh-sungguh dan berkhidmat untuk Islam serta mencari gadis Islam Tatar untuk dijadikan teman hidup  (Pesanan last tu aku tambah sendiri LOL).

Habis di Ulitsa Baumana kami mencari kedai untuk mengisi tangki. Kami singgah di Kalso.Menikmati makanan di Restoran Halal Barbeque. Makanan Tartar kebanyakannya oily.Selepas makan aku dapat rasakan kandungan kolestrol dalam badanku meningkat 30 percent. Haha. Balik Peter kena buat intensive jogging session untuk kelihatan ramping kembali. Haha. Abe pulak sempat terlelap sambil duduk diatas kerusi. Lawak tengok. Kamal sempat ambil gambar. LOL. Habis makan kami membeli bekalan makanan untuk train pulang ke Peter.

Selepas solat Isya’ berjemaah. Khai merajuk membawa diri. Katanya hendak melihat langit di malam hari.Padahal di Moscow pun ada langit. Kita memang kadang-kadang perlu masa untuk diri. Lelaki single akan faham.Haha. Aku selalu je menyendiri. Selepas Khai selamat pulang. Abe meminta izin dekat Abang Andy untuk guna laptop. Bro Andy sporting je bagi laptop dia kat kami untuk satu malam. Kami bersama mengupload gambar sambil meletakkan caption lucu.

Keesokan paginya kami solat subuh berjemaah dan breakfast di Tamas. Selepas itu di vokzal kami berpisah.Sedihnyeeee.24 jam menaiki train dari Kazan ke Peter memang mencabar. 1 jam termenung ada 23 jam lagi. Setelah di ‘mathematics’kan jumlah kos yang digunakan termasuk tambang , penginapan , makan dll berjumlah Rub 6080. Kesimpulan : Berbaloi!

P/s: Maaf banyak sangat LOL terpengaruh dengan Abg Maher.

§ 6 Responses to Kemana tumpahnya ukhuwwah kalau bukan ke hati?

  • Haslina says:

    kebuhsanan hafal histology, berjalan2 di blog org lain, dan sampai ke sini..

    buahahaha,

    kali ni post lebih santai dan relaks. tak macam post2 lepas. haha. cenderahidung naa. teringat kena gelak oleh kawan sebab tulis cenderatangan (tapi rasa cenderatangan ni wujud)

    pergi mana2 blog mesti ada cerita kahwin naa. adeh, buhsan oh.

    best juga study oversea ni. dapat kenal bangsa lain.

    • Sweet sunday says:

      Haha. Cenderatangan? Tak pernah dengar pun.

      Post pasal cuti memang rileks . Post pasal exam tension.

      Minta maaflah pasal cerita kahwin. Tak dapat dielakkan.

      Sabah-Kuala Lumpur oversea juga. Tak pernah lagi ke Sabah.

      • Haslina says:

        saya selaku duta kecil sabah, mempelawa datang ke sabah sempena tahun melawat malaysia. acece. (budak oversea tmpt omputih kan banyak duit, hak)

        sabah sesuai tuk orang yang sukakan alam dan cabaran. tak sesuai untuk kaki shoping.

        p la naik gunung kinabalu sana. orang luar mesti dapat naik. orang asal sabah pulak tak pernah2 naik. sedih dan memalukan oh. ):

        p/s: boleh berkenalan dengan sumandak sekali. hahaha (:

      • Sweet sunday says:

        haha.sumandak tu apa?

  • Ikhwan says:

    salam ‘alaika ya sodiqi…

    ewah rancak dia la ni… hehe… tak apa ana tak geli sangat dengan analogi tu… pasni buat lagi analogi. huhu

    Anta memang ibarat mutiara yang cantik. Tapi yang mncantikkan mutiara tu kerana rapinya jagaan cengkerang tu. Ditutupnya rapat-rapat. Ana pon tak sure cengkerang tu merujuk pada apa atau siapa. hehe.

    Seronok perkongsian pengalaman anta. Ana pon macam anta jugak. Bila sahabat mintak bentang sumting, mula pikir macam-macam. Kemudian mula merendah diri, kemudian beralih mencela diri. Kemudian sehingga meremehkan sahabat sendiri. Tu lah kerja syaitan buat kat kita. Sedangkan tugas kita hanya menjadi terbaik semampu mungkin. Allah yakin kita wujud, maka kita kena yakin Dia dan bantuan Dia maha wujud. :)

    Ready to be mingle? Disebalik gurau-gurau anta tu, jauh dilubuk hati anta, anta tetap seorang yang serius… :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Kemana tumpahnya ukhuwwah kalau bukan ke hati? at What happen in my life.

meta

%d bloggers like this: