Impian harapan dan kenyataan

July 17, 2012 § Leave a comment

Masa mula-mula sebelum datang Russia aku rasa bersemangat , teruja dan tak sabar nak jumpa komuniti muslim disini. Jadi sebelum datang aku dah Google siap-siap masjid , tempat pertama target dalam kepala aku bila sampai sini nanti. Targetnya nak berkenalan dengan imam , bersembang dengan brothers-brothers Islam disini minta nasihat dan tunjuk ajar.

Aku berharap dapat join komuniti Islam disini. Ada kawan Islam disini , mesti  dapat memudahkan hidup dalam masa yang sama bolehlah improve Russian langguage dan tak terperuk dalam kepompong Melayu sahaja. Kalau asyik dalam kepompong Melayu baik study di Malaysia saje.

Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Bulan bertukar berbulan-bulan. Impian tu tinggal harapan saje. Sekarang dah nak masuk final year. Haha. Bukannya tak pergi ke Masjid. Tiap Jumaat pergi tapi entah kenapa malu sangat nak bertegur sapa. Tambah pulak kalau tegur nak sembang apa. Bahasa pun masih tunggang langgang. Sikap malu tak bertempat ditambah dengan sifat kurang peramah yang semula jadi menjadikan 3 tahun disini berakhir dengan tak ada member Islam Russia disini.

Ibu pun ada nasihat suruh bergaul dengan komuniti Islam disini. Tapi sangat susah rasanya , masih fobia dengan langguage barrier. Tapi bukan la nak kata tak bergaul langsung dengan Russian lain. Ada la juga kenal-kenal sikit. Budak-budak yang main bola sekali petang-petang. Budak-budak asrama. Tapi kenal-kenal camtu je la. Tegur bila jumpa je. Haha.

Dengan izin ALLAH jumaat lepas , waktu tengah tunggu metro ada seorang pakcik tegur. Pakcik ni memperkenalkan diri dia sebagai Hamidullah. Dia orang Uzbekistan. Baik sangat orangnya , masa bersembang asyik sebut ‘Barakallah’ dan bibir tak lekang dari senyuman. Di akhir perbualan dia mengajak untuk menyertai kelas Bahasa Arabnya di Masjid pada hari Ahad secara percuma. Bagaikan bulan jatuh ke riba hati ku tersenyum gembira. Kami pun saling bertukar-tukar nombor.

Seperti yang dijanjikan hari Ahad aku pun pergi ke Masjid bersama Ferq dan Hakim (Adik junior) untuk ke kelas bahasa arab. Ustaz  Hamid datang lambat tapi boleh dimaafkan la. Mulanya nak buat kelas Bahasa Arab tapi anak murid dia yang lain tak datang. Tinggal la kami bertiga dengan dia dan seorang lagi anak muridnya. Tak ingat nama , ingat Khan je belakang dia.

Kemudian Ustaz mengambil keputusan untuk menyemak bacaan Al-Qur’an kami. Dia memetik hadis Rasulullah yang bermaksud “Sebaik-baik antara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarnya kepada orang lain”. Ustaz berkata dia tidak mengambil duit atas kelas yang dibuatnya. Semuanya fisabilillah. Dalam hati aku semakin kagum dengan insan dari Uzbekistan ini. Dia bercerita kebanyakan anak muridnya adalah pekerja buruh di Russia , mereka berkerja sebagai buruh membina rumah dan bangunan disini.

Selesai mendengar bacaan kami Ustaz beralih kepada Khan. Di tangan nya ada satu buku kecil yang sudah lusuh. Dan mulut Khan terkumat-kamit membacanya. Buku itu rupa-rupanya macam buku Iqra’ di Malaysia. Khan baru mula untuk mengenali huruf bahasa Arab. Ustaz Hamid membaca dan Khan mengulanginya. Aku kagum melihatnya walaupun mereka ini berkerja untuk menyara hidup tapi masih mampu meluangkan masa mempelajari Al-Qur’an.

Mengapa mereka tidak tahu Al-Qur’an?

Uzbekistan adalah sebuah negara sekular. Pemerintahnya bersikap keras terhadap Islam walaupun mereka Islam. Pengaruh sekular begitu kuat dan Islam di tekan. Jika ada yang belajar tentang Islam pun bukan secara rasmi di sekolah. Mungkin secara tidak formal di dalam keluarga atau pun dari madrasah undergroud. Ada juga yang mengatakan solah di masjid di haramkan. Tapi fakta berkenaan penekanan Islam ini tak dapat dipastikan kerana hanya dengar dari mulut orang-orang disini. Mungkin kalau ada umur boleh melawat sendiri Bukhara tempat lahir nya Ulama’ Hadis Yang Agung  Al Imam Bukhari dan lihat keadaan di sana.

Tetapi kesan sekular kepada penduduknya memang jelas. Pernah sekali aku bersembang dengan Zukhra seorang wanita Islam Uzbekistan yang bekerja sebagai cleaner di asrama. Dia bertanya ” Adakah budak-budak bertudung di tingkat 8 itu kawan kamu?” .  “Ya” jawab aku berminat. “Kenapa mereka memakai tudung?” soalnya lagi. Aku yang mendengar soalan itu bertambah pelik. “Kerana perintah ALLAH di dalam Al-Qur’an” jawabku. “Saya tidak suka tudung , nampak tidak cantik sebab itu saya tidak bertudung , yang penting adalah hati yang bersih” kata Zukhra. Aku pun diam , malas nak berdebat kerana aku faham mereka dibesarkan dan hidup dalam suasana sekular. Tiba-tiba teringat masa berjaulah di Kazan. Ramai penduduknya bertudung rasa macam berada di UIA masa disana , sejuk je hati. Haha.

Rasanya kalau semua orang di Uzbekistan ikhlas dan semangat macam Ustaz Hamid ni Inshallah rasanya  Bukhara boleh kembali pada zaman kegemilangannya. Kelas kami bersambung ke hari Jumaat depan 1 Ramadhan. Ustaz kata lagi senang buat kelas time tu , tak payah nak bangun pagi Ahad.

Aku terasa rugi kenapa setelah 3 tahun baru dapat peluang nih. Tapi tetap bersyukur , mungkin ada hikmahnya ALLAH susun begitu. Cemburu pula pada dua orang adik junior yang bersama , mereka ada banyak tahun lagi dan banyak pengalaman dapat di kutip. Harap-harap kelas Jumaat ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan dapat menjalin ukhuwwah dengan brothers disini.

Ok Selamat malam. Oyasumi ;)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Impian harapan dan kenyataan at What happen in my life.

meta

%d bloggers like this: