Berjalan berlari atau masih termenung

September 5, 2012 § 2 Comments

Sebenarnya dah lama aku tunggu saat ni. Penantian bertahun-tahun. Alhamdulillah akhirnya aku telah sampai ke final year. Macam biasa setiap awal semester aku akan semangat. Semangat jumpa lecturer , semangat baca dan translate semua module , semangat jawab test , semangat itu ini. Harap-harap semangat aku nih tak pudar di pertengahan macam selalu.

Macam aku semangat nak habiskan cuti dengan study yang akhirnya cuti habis tanpa aku study kerana disibukkan dengan perkara-perkara lain. Haha.

Sebab aku nih bukan lah jenis student yang pandai atau excellent jadi aku memang kena berlari dari awal. Kalau budak lain mungkin sekali baca boleh faham , sekali dengar boleh ingat , aku jenis 10 kali buat baru faham. Jadi mereka mungkin boleh berjalan dahulu dan memecut di pertengahan atau pengakhiran.Aku yang lembab ini , nak tak nak ada satu jalan je kalau nak habiskan belajar iaitu jalan susah payah.

Tapi sebenarnya bagi aku ianya bukan soal berlari atau berjalan,  ia soal ibadah (Ini bukan ayat nak market diri kepada makcik yang cari menantu , ini serious!). Teringat status facebook seorang rakan sekolah , Ihsan namanya sekarang study di USIM dalam jurusan medikal.

“Belajar bukan sekadar untuk lulus peperiksaan, tapi belajar itu adalah satu Ibadah bahkan satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak.Maka, belajarlah dengan ikhlas dan laksanakanlah hanya kerana ALLAH”

Ini sebenarnya merupakan motivasi terbesar. Motivasi untuk meninggalkan katil dan bantal untuk mengejar tramvai dan bas di pagi hari agar tidak lambat ke kelas. Motivasi yang sentiasa membasahi dan menyirami komitmen agar terus berlari tanpa henti.

Kerana ia satu ibadah. Seperti solat , mana mungkin ditunaikan dengan bermain-main , bergelak ketawa dan tidak fokus. Seperti itu juga study perlu bersungguh-sungguh , dibuat dengan tekun dan sempurna. Barulah boleh dipersembahkan di depan ALLAH kelak. Alangkah malunya kita jika kita kembali nanti mempersembahkan amalan yang buruk , kelas yang diponteng , assignment yang ditiru dan macam-macam lagi.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu ayah dan keluarga yang tak putus mendoakan. Juga rakan-rakan , guru-guru dan para senior yang banyak bersabar dan membantu diri ini.

Tak semua orang ALLAH beri peluang untuk menyambung pelajaran di semester baru tahun ini. Beberapa hari lalu dua orang pelajar perempuan dipanggil pulang oleh ALLAH ketika dalam perjalanan untuk memulakan pengajian . Belum sempat sampai ke Nizhny dari Moscow telah dipanggil mengadap Ilahi. Semua pelajar Malaysia di Russia gempar dan berkabung seketika.

Begitulah ketentuan ALLAH yang apabila tiba tiada siapa yang mampu menghalang. Moga ALLAH menerima mereka dikalangan amilin dan golongan yang mendapat nikmat dan rahmat.

Peristiwa ini betul-betul menjadi reminder kepadaku bahawa begitu dekat maut dengan manusia. Aku juga tertanya-tanya bila pula giliranku. Sebenarnya aku sudah banyak kali memikirkan tentang mati , kadang-kadang menggeletar kadang-kadang menangis  . Apa yang aku takutkan bukanlah mati itu kerana mati itu pasti. Kita tetap akan mati dalam keadaan mahu atau tidak mahu , takut atau tidak takut. Ianya pasti.

Apa yang aku takut adalah bagaimana keadaan aku ketika mati. Adakah mati ketika bermaksiat , mati ketika ketawa membuat dosa , mati ketika jauh dari mengingati ALLAH . Adakah aku mati dalam keadaan amalan ku tidak diterima dan segala perbuatanku dikira sia-sia. Itu sungguh menakutkan. Sungguh bahagia manusia yang ketika mati ALLAH meredhai mereka . Moga aku juga mati dalam keadaan ALLAH redha.

Walaupun tak balik Malaysia cuti summer lalu terima kasih diucapkan kepada adik-adik yang bawa kuih raya.Haha.

Tidur esok kelas.

Bai.

Advertisements

§ 2 Responses to Berjalan berlari atau masih termenung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Berjalan berlari atau masih termenung at What happen in my life.

meta

%d bloggers like this: