Aku, kereta api dan masa depan

October 6, 2012 § 3 Comments

Mungkin tahun ni (2012-2013) tahun last aku akan boarding train ke Moscow dari St Petersburg. Lepas lepas ni mungkin tidak lagi. Kalau ada umur boleh la merasa naik KTM semula di Malaysia.

Dari first year naik train ulang alik. Kadang kadang rasa cam half of my life dihabiskan dalam train. Rasa seronok sekali sekala dapat lari dari rutin dan student life. Termenung jauh melihat luar tingkap. Dan hilang dalam lamunan. Kadang terasa cam nak terus stay dalam train and never reach the destination sebab seronok sangat termenung tengok spectacular view dari tingkap train.

Banyak juga pengalaman naik train nih. Pernah terlepas train. Pernah kena paksa minum arak oleh orang mabuk dalam train. Pernah naik train sorang-sorang. Kadang berdua kadang bertiga.

Kebanyakannya untuk join daurah dan pogram di Moscow. Ingat dulu naik train sorang-sorang waktu first year  untuk jumpa Azam Niza di Simposium Perubatan di Moscow. Itulah kali pertama jumpa Azam yang kemudian jadi naqib kitorang untuk 3 tahun.

Semua peserta simposium tu budak medic kecuali aku waktu tu. Haha.

Aku tak pernah rasa rugi. Bagi sesetengah orang rasa cam membazir. Tapi bagi aku setiap journey worth it. Banyak benda dapat. Tarbiyah ,kefahaman dan fikrah Islam bila dapat dengan pengorbanan dan susah payah rasa lebih bermakna. Kita akan rasa yang benda nih sukar nak dicapai jadi kena grip betul betul. Tak nak ia terlepas dari genggaman.

Ukhuwwah pun terasa lebih dari sekadar ungkapan dan kata-kata. Waktu mula-mula join dulu memang segan. Sebab kebanyakan brothers student medic. Jadi cam tak kenal sangat. Semua orang bergurau-gurau aku senyap aje. As time flies and  world turns hilang rasa awkward, timbul rasa selesa dan ceria.

Aku rasa perlu ada connection dan tidak hanya berdakwah dan bertarbiyah di St Petersburg sahaja. Sebab dengan hubungan ini akan lahir kekuatan dan dengan kekuatan banyak benda boleh dicapai. Lebih banyak perkara dapat direalisasi.

Selama empat tahun usrah online sahaja dengan naqib di Moscow memang rasa kurang. Takkan sama dengan usrah face to face. Jadi kekurangan nih aku rasa sedikit sebanyak dapat di cover dengan perjumpaan dan daurah di Moscow.

Bila terkenang tahun ini dah nak graduate. Hati terasa begitu berharap agar dakwah dan tarbiyah terus kekal disini. Alhamdulillah ada adik adik yang jernih hati yang rasanya dapat meneruskan perjuangan. Takut juga kadang kadang kalau aku tak mampu menyiapkan mereka. Sebab aku sendiri pon rasa begitu lemah dan kurang kadang kadang. Tapi semangat yang diorang tunjukkan selalu membuat hati jadi kuat walaupun tengah tak kuat. Baru rasa betul ungkapan ‘jadi naqib bukan hanya memberi tapi menerima’. Aku selalu doakan agar mereka mampu jadi naqib jauh lebih baik dan sempurna dari aku.

Sedikit sebanyak tengok semangat mereka untuk berubah dan mengubah menghiburkan hati. Dan hidayah itu milik Allah kita tak mampu untuk mengawal hati orang lain. Jadi aku doa sangat sangat kepada Allah agar hati mereka tetap istiqamah dalam dakwah dan tarbiyah.

Dalam hidup bila kita buat sesuatu keputusan kita tak tahu keputusan itu betul atau salah . Baik atau buruk. Untung atau rugi. Tapi aku tak pernah rasa jalan yang aku pilih ini salah atau merugikan. Biar pun kadang terasa pedih dan meletihkan aku yakin ada manisnya suatu hari nanti. Kalau bukan aku pun yang akan rasa manisnya nanti cukuplah adanya usaha aku dalam mencapai kemanisan itu. Dan harap sangat sangat Allah terima usaha kecil aku. Harap amal ini tak tercemar dengan riak atau ujub.

Advertisements

§ 3 Responses to Aku, kereta api dan masa depan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Aku, kereta api dan masa depan at What happen in my life.

meta

%d bloggers like this: