Hari-hari terakhir

April 5, 2013 § 2 Comments

Lagu Shoutul Amal – Semarak Perjuangan memenuhi ruang bilik. Aku bangun melihat jam. Sudah 6.20 pagi. Dengan rasa malas disamping terpaksa meninggalkan katil yang selesa aku gagahkan juga diri bangun di hujung winter yang masih sejuk ini mengambil wudu. Selesai solat subuh aku terlena semula.

Shoutul Amal menyanyi lagi pada jam 8.30 pagi. Pantas aku capai phone dan matikan alarm. Dengan penuh malas aku bangun sekali lagi terus ke dapur panaskan pan. Bancuh kopi radix yang masih berbaki beberapa paket. Dan bersarapan roti harrys bersama telur scramble.

Aku masukkan semua file- file dan buku kedalam beg. Sarung buble jacket. Bersihkan kasut dan pakai stokin. Sempat aku periksa cuaca di handphone. Kosong darjah celcius snowy. Ermm winter belum mahu beri laluan kepada spring.

Tramvai 36 bergerak meninggalkan hostel membawa aku ke perhentian bas. Bergegar-gegar aku capai mp3 dan play lagu Islami Ya Quds nyanyian Shoutul Harakah . Lagu favorite lately. Sampai di Metro Avtova sempat aku dapatkan newspaper free dari makcik newspaper. Tiada berita menarik. Pagi ini tak begitu ramai orang gumamku. Syukur. Tidak aku terpaksa jadi sardin. Dari metro Narvskaya bas 6 pula membawaku ke university. Alhamdulillah hari ni aku sampai awal. Gem juga sampai awal hari ni.

Sambil mengukir senyum yang paling manis aku ucapkan “Dobre utro ” kepada makcik penjaga jacket Ludmila Evgeinevna dan menyerahkan buble jacket kepadanya. Makcik ni selalu puji orang Malaysia, dia kagum macam mana orang Malaysia boleh selalu senyum pada orang. Sebab russian takde culture suka senyum.

Terus aku ke tingkat 5 dan masuk ke kelas. Kelas pertama hari ini pasal Ecology of Ship power plant. Aku macam biasa suka duduk depan. Biasakan diri melawan budaya pelik melayu yang suka duduk belakang dalam kelas. Cikgu belum datang. Tiba-tiba Zen Junjie muncul, sambil tersengih dia menegur “Privet “. Kami bersalaman. Awal classmate cina datang hari ni.

Advertisements

§ 2 Responses to Hari-hari terakhir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Hari-hari terakhir at What happen in my life.

meta

%d bloggers like this: